"Adakah Anda Ingin Membina Blog Dot Com Sendiri Tanpa Perlu Membuang Banyak Masa Atau Menghabiskan Ratusan Ringgit Untuk Mengupah Orang Lain?"

Ramai yang ingin memiliki blog tetapi tidak tahu untuk bermula. Namun kini telah ada satu panduan yang lengkap untuk membantu anda langkah demi langkah! Teruskan membaca…

 

Dari meja: Mohd Zulfadli(Smartzul) & Nurulhayati(Luvleey)
Date:

Smartzul dan Luvleey

Assalamu’alaikum / Salam Sejahtera,

Mahukah anda menjana pendapatan dengan menggunakan blog? Atau mendapatkan pelawat ke laman web perniagaan internet anda dengan mudah melalui blog? Sudah ramai yang berjaya ‘membuat duit’ samada secara sampingan atau sepenuh masa dengan hanya menggunakan blog. Ada juga mereka yang menjadikan blog sebagai ‘pintu masuk’ untuk pelawat ke laman web jualan produk mereka. Tetapi, anda perlu bermula dengan betul dan bersistematik dan ia memerlukan satu strategi dan teknik yang berkesan.

Anda mungkin salah seorang daripada mereka yang tidak tahu membina blog sendiri dan bagaimana mendapatkan pelawat ke blog anda. Anda sering meminta bantuan orang lain, bertanya, mencari, namun masa anda terus habis begitu sahaja dan tidak dapat membina blog anda sendiri.

Mahukah anda terus membazir masa padahal ada jalan yang lebih mudah?

Semakin anda membazir masa, semakin anda ketinggalan walhal orang lain terus jauh ke hadapan.

Apakah jalan yang mudah tersebut? Jawabnya adalah dapatkan panduan yang dapat membantu anda melakukannya sendiri walaupun tanpa menyertai bengkel atau pun sebarang kursus..

Menjadi kehendak ramai orang sekarang ingin memiliki blog sendiri bagi tujuan menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa di internet. Dengan memiliki blog, anda boleh menggunakannya untuk pelbagai tujuan dan dengan berbagai cara bagi matlamat yang sama = ‘membuat duit’.

 

Sesiapa Sahaja Perlu Memiliki Blog


"Blog lebih kepada soft sell. Maksudnya kewujudan blog adalah untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan kita. Melalui blog yang interaktif, usahawan dapat berkongsi maklumat dan sedikit sebanyak menciptakan”no barrier to entry” dengan berkongsikan maklumat. Kredibiliti akan meningkat, maka mewujudkan kemesraan dan kesenangan bersama pengunjung."
- Irfan Khairi (Pakar perniagaan Internet, Personaliti TV dan Radio)

Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan.

Ia dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.

Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda seorang usahawan, sudah pasti produk atau servis anda akan diketahui akan kewujudannya oleh ramai orang!

Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan Internet memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan Internet, tidak memiliki blog adalah satu kerugian terbesar bagi anda dan perniagaan anda!

Blog adalah satu 'tools' (teknologi) yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik (pelawat, bakal pembeli) ke laman web perniagaan Internet mereka. Anda juga boleh melakukan seperti mereka jika anda tahu caranya.

Keratan akhbar KOSMO (8 April 2008).
Klik pada gambar untuk melihat paparan yang lebih besar.

 

Case Study Nurulhayati (Luvleey)

Saya telah mempunyai sekurang-kurangnya 3 blog dan salah satunya ialah di SyokSyok.com. Dengan wujudnya blog-blog ini, saya telah membina sebuah komuniti dimana pelawat blog saya akan dapat berinteraksi dengan saya, mengenali diri saya dengan lebih rapat, mengetahui kepakaran dan berita-berita terbaru berkaitan produk-produk saya. Mereka bukan sahaja menjadi pembaca setia malah kebanyakkan mereka telah membeli produk-produk saya!

Sehingga sekarang saya masih berterusan menjana pendapatan menerusi pemasaran blog!

 

Dengan Memiliki Blog, Anda Boleh:

Membina kredibiliti dengan menunjukkan kepakaran anda
Mendapatkan trafik 'percuma' ke laman web perniagaan anda
Melakukan program Google Adsense dan program Affiliate
Berkomunikasi dengan bakal dan pelanggan sedia ada anda
Mempromosikan perniagaan konvensional anda dengan lebih berkesan
Menambah rangkaian perniagaan (business partner) melalui Internet
dan banyak lagi!

 

Masalah Kebanyakan ‘Newbie’ (Orang Baru)

Tidak tahu bagaimana memasang blog dot com sendiri
Bermasalah dengan hal teknikal blog kerana tiada panduan mudah dan lengkap!
Bermula dengan langkah yang salah
Memilih topik blog yang tidak menguntungkan
Takut untuk bermula kerana tiada ilmu atau keliru
Tidak dapat menguruskan blog dengan baik
Blog tidak terkenal, pengunjung tidak ramai, hasil tak setimpal
Tiada 'mentor' atau seseorang yang memberikan panduan
Perlu mengupah orang lain dengan kos yang tinggi

Dan banyak lagi masalah yang berkaitan.

Persoalan utama adalah: Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan?

Perhatikan, begitu banyak masalah yang dihadapi oleh ramai orang dan mungkin diri anda sendiri. Ketahuilah, masalah yang akan anda hadapi bukan sahaja di peringkat pembinaan blog, malah di peringkat semasa menguruskan blog tersebut dan di dalam usaha mendapatkan pelawat ke blog.

Tentu anda ingin berjaya di dalam 'blogging' (aktiviti ber-blog) bukan? Jika ya, maka anda perlu mendapatkan sesuatu yang dapat membantu anda dari membina blog secara mudah dan bagaimana bermula dengan betul.

Untuk itu, kami di SyokSyok.com telah bertungkus-lumus untuk menghasilkan satu panduan bagi segala masalah yang anda hadapi terutama di dalam membina blog dot com anda sendiri.

 

Perkenalkan, Pakej Kit Blogger!

[Produk ini adalah EBOOK, bukan buku cetakan. Segala imej hanya ilustrasi sahaja.]

"Saya bermula dengan ZERO, namun kini saya berbangga dengan blog saya sendiri."

Sebelum ini memang saya berangan-angan untuk memiliki blog sendiri kerana dalam perniagaan adalah tidak profesional sekiranya menggunakan blog percuma.

Anda tidak akan rasa rugi mendapatkan panduan ini kerana saya sendiri yang tidak tahu langsung pun boleh bina blog saya sendiri dengan syarat ada kesungguhan. Jadi, jangan ragu-ragu untuk memiliki panduan ini sekiranya anda mahu menjadi USAHAWAN PROFESIONAL".

Mohd Rozmie a.k.a JimieRay
www.jimieray.com/blog

Tiada masa untuk membaca laman web ini?

"Kandungannya yang terlalu lengkap"

Biar saya berkata jujur. Sesungguhnya kali pertama saya mendapat Ebook BloggingSteps ini secara keseluruhannya adalah secara PERCUMA dari Zul SmartUsaha sendiri untuk direview.

Saya mengambil beberapa hari untuk membaca pengisiannya kerana kandungannya yang terlalu lengkap. Impression pertama saya, BANYAKNYA BENDA! Tidak seperti Ebook-Ebook separa-lengkap mat salleh berkaitan blogging yang pernah saya baca.

Beberapa hari kemudian, setelah habis membaca dan meneliti kandungan Ebook BloggingSteps ini, saya segera MEMBAYAR Zul dengan duit saya sendiri semata-mata kerana saya ingin mendapat semua faedah sebagai pelanggan Zul! Ya, saya membayar walaupun saya dapat percuma. It’s
that good and comprehensive!

Jika anda belum mempunyai blog, atau ingin mengupah orang untuk membina blog, atau mempertimbangkan untuk mendapatkan buku panduan blog mat salleh, berhenti. Dapatkan Ebook ini dahulu. Anda tidak akan menyesal.

Saya jamin.

Sabri SaifulSham
www.saifulsham.com

Melalui Pakej Kit Blogger ini, anda akan mendapat item-item berikut:

 

Item 1. Ebook Panduan Asas Wordpress

Ebook setebal lebih 100 muka surat ini, kini hampir menjadi milik anda!

Di dalam Ebook ini, anda akan mempelajari cara memasang dan menggunakan blog Wordpress dengan langkah yang mudah:
Memasang blog Wordpress ke Hosting dengan hanya 13 langkah mudah!
Mengkonfigurasi blog Wordpress dengan hanya 11 langkah mudah! Kini anda tidak perlu lagi menghabiskan masa untuk mencari beberapa asas konfigurasi penting untuk blog Wordpress. Kesemuanya telah ditunjukkan di dalam panduan ini.
Belajar memasang theme (design) blog kesukaan anda.
Memasang beberapa 'plugin' asas untuk 'melawan' komen SPAM, meletak 'contact form' dan social bookmark icon.
Meletak imej banner imej di sidebar blog.
Belajar asas penggunaan blog seperti penulisan post, memasukkan imej, dan setting category.
Menggunakan aplikasi Widget untuk meletak fungsi Search, Pages, Recents Posts dan Recent Comments.
Tip dan trik SEO di dalam usaha mendapat 'ranking' (kedudukan) yang terbaik di Senarai Hasil Carian di enjin carian seperti Google.com. Ketahui satu kesilapan 'berbahaya' yang dilepas pandang oleh kebanyakan blogger baru. Bahagian ini AMAT WAJIB anda tahu dan melakukannya!
Penerangan adalah praktikal : baca dan buat. Mudah difahami walaupun anda bukan seorang yang banyak tahu hal teknikal!


...dan ia hampir menjadi milik anda!

"Ebook ini antara yang terbaik pernah saya baca..."

Pakej Kit Blogger ini adalah salah satu Ebook terbaik yang pernah saya baca. Ia bukan Ebook semata-mata tetapi merangkumi semua aspek yang berkaitan.

Saya yang tidak begitu tahu mengenai blog sebelum ini telah berjaya mendirikan blog sendiri dengan jayanya. Amat istimewa kerana zul memberikan satu link rahsia kepada pembeli.

Bent Daniel
http://www.believedreams.com
http://www.convertdv.com

 

Dengan Ebook Ini, Anda Akan Belajar:

Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan.

Membina blog pertama dengan panduan yang mudah
Memulakan langkah pertama yang BETUL
Membina blog terus di domain dot com anda!
Mengkonfigurasi dan menggunakan beberapa fungsi asas blog Wordpress
Mendapatkan pelawat (pembaca blog) dengan beberapa teknik efektif, mudah dan percuma. Pelan Tindakan disediakan.

Ya, kini anda yang 'zero' mengenai teknikal blog akan dapat mengetahui segala perkara asas yang penting. Inilah yang anda cari-cari selama ini bukan? Dapatkan sekarang di sini.

"Ebook yang patut anda miliki!"

Jika anda berminat untuk menghasilkan blog laman web menggunakan wordpress, Ebook ini saya cadangkan untuk anda. Anda tidak perlu bersusah payah, hanya perlu ikut panduan langkah demi langkah yang diberi. Hasilnya begitu sempurna. Saya jamin 100% anda tidak menyesal membeli Ebook terbitan SmartZul ini.

Jebat Abd. Kadir
http://mesrainternet.com/blog

"Saya Amat Berpuas-Hati!"

Dulu saya rasa susahnya hendak membina blog dot com sendiri dan rasa macam kerdil sangat dan tak mungkin saya mampu membuatnya sendiri. Malah bila membaca blog-blog orang lain (blog domain sendiri) rasa-rasanya seperti dah ketinggalan zaman.

Rupanya saya silap. Peluang masih cerah. Secara kebetulan saya telah memulakan perniagaan Internet jadi ketika itu saya cuba install sendiri blog saya, namun masih banyak yang tidak lengkap. Dalam masa yang sama, muncul Kit Blogger versi kedua. Tanpa membuang masa saya terus memilikinya dan kini blog saya sentiasa diupgrade dari semasa ke semasa dengan panduan tersebut.

Ruangan support yang disediakan sangat membantu! Alhamdulilah, satu kepuasan wujud apabila telah memiliki blog dot.com sendiri. Anda bila lagi? Jangan tunggu lama-lama, nanti domain anda dikebas orang.

Norazlina Ramdzan
http://forum.wanitaniaga.com

Itulah kata mereka dan mungkin anda juga akan berkata begitu sebaik sahaja mengikuti panduan di dalam Ebook asas wordpress melalui Pakej Kit Blogger ini.

Item 2. Pelbagai Bahan Rujukan Tambahan!

Anda juga akan mendapat beberapa item tambahan penting dan bernilai tinggi yang disertakan bersama dengan pakej ini agar dapat membantu anda bermula dan melakukan sesuatu langkah dengan baik dan bersistematik. Antaranya adalah:

Pelan Tindakan Blog

Dengan pelan tindakan ini, anda akan dapat memulakan langkah pertama dengan betul yang kebanyakannya diabaikan oleh ramai blogger baru.

Tanpa pelan ini, ebook panduan wordpress tidak akan lengkap kerana pelan tindakan ini adalah kunci utama pakej ini. Kebanyakan blogger baru bermula tanpa perancangan yang tersusun, tetapi dengan pelan tindakan ini, anda akan diberikan langkah demi langkah yang sepatutnya dilakukan jika ingin berjaya.
Ebook "Panduan dan Asas Blog"

Di dalam ebook ini anda akan disampaikan mengenai asas-asas blog, teknik efektif bagaimana menggunakannya dan cara mempromosikan blog. Ebook ini perlu dimiliki dan dibaca agar kekeliruan anda mengenai blog akan berkurangan.
Ebook "Panduan Mudah FTP"

Panduan ini adalah satu keperluan bagi anda yang tiada asas mengenai nama domain, server (hosting) dan penggunaan FTP melalui perisian Filezilla.

Kemahiran dan kefahaman mengenai itu semua adalah perlu agar proses pembinaan dan pengurusan blog menjadi lebih mudah.

Nota: Semua imej di atas hanya ilustrasi sahaja. Produk adalah berbentuk downloadable.

Tidak cukup dengan item-item di atas?
Teruskan membaca...


Item 3. Bonus Eksklusif Untuk Anda!



Bonus 1: 100 Premium Wordpress Themes (bernilai $27)

Saya telah menyediakan 100 premium wordpress themes yang yang menarik untuk anda! Dengan themes ini, anda mempunyai pelbagai pilihan warna dan style yang berbeza-beza untuk blog anda. Hanya upload dan 'activate', tema baru blog anda dan siap untuk digunakan. Setiap template mempunyai fungsi widget, bersesuaian dengan semua jenis browser dan versi Wordpress yang terkini.

Anda juga akan memperoleh Lesen Hak Jualan Semula (PLR) untuk membolehkan anda menjualnya semula dan memperoleh 100 keuntungan.


Bonus 2: 20 High Quality Wordpress Themes (bernilai $49.90)


Tidak cukup dengan 100 Wordpress themes? Sayat ambah lagi 20 tema wordpress themes yang berkualiti tinggi dan menarik! Dalam pakej ini, anda akan mendapat 10 tema Wordpress untuk berblog dan juga 10 tema Wordpress khas untuk surat jualan.

Anda juga akan memperoleh Lesen Hak Jualan Semula (PLR) untuk membolehkan anda menjualnya semula dan memperoleh 100 keuntungan.

Bonus 3: Ebook Webhosting For Newbies (bernilai $27)


Panduan ini adalah khas untuk anda mendalami ilmu asas berkaitan webhosting agar proses pembinaan blog akan lebih mudah. Antara maklumat yang bakal anda pelajari adalah berkaitan cara mengarah domain ke server, maklumat berkaiatan apakah shared, reseller, VPS dan dedicated hosting dan perbezaannya.

Anda juga diberikan video untuk melihat cara-cara untuk point nama domain ke webhost dan pengenalan asas cpanel.


Bonus 4
: Ebook You Can Make Money Blogging (bernilai $9.95)

Ebook yang akan memberikan anda maklumat cara-cara untuk mendapatkan isi untuk pos anda tanpa anda perlu mengarangnya sendiri atau mencari idea untuk menulis pos yang berkualiti, cara-cara untuk menghasilkan pendapatan dengan blog dan beberapa teknik untuk mendapatkan trafik.
Bonus 5: Ebook Optimize Your Website (bernilai $9.97)

Merupakan ebook temuramah bersama pakar SEO iaitu David Congreave and Tim Whiston dimana mereka akan memberikan tip-tip berguna untuk anda meng'optimisasi web atau blog anda agar kedudukan blog anda di enjin carian dan trafik meningkat.

Roy Miller, seorang copy writer yang berpengalaman, juga akan memberikan sedikit tip-tip berguna cara menulis pengisian yang baik untuk web anda.
Bonus 6: Kod Kupon NetKL


Anda juga akan mendapat kupon diskaun penjimatan untuk membeli hosting dari NetKL.com, salah satu hosting yang dikenali dengan supportnya yang bagus!

Masih Ragu Dengan Panduan Ini?

Lihat Blog Mereka Yang Telah Mengikuti
Panduan Langkah Demi Langkah Melalui Ebook Ini:

...dan ramai lagi yang telah berjaya membina blog sendiri!

Lihat, perhatikan dan hayati…

Mereka bermula daripada ‘zero’ dan kini terus meninggalkan anda yang masih belum bertindak. Kini, mereka terus giat berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan!

“Anda akan gembira seperti orang di atas ini setelah memiliki sebuah blog sendiri!”

"Dulu Tak Tahu, Kini Sudah Memiliki Blog!"

Saya ingin mengucapkan terima kasih pada e-book Panduan Asas Membina Blog Wordpress dan penulisnya Mohd Zulfadli (SmartZul). Dengan panduan e-book serta tunjuk ajar yang diberikan dapat juga saya menyiapkan dan menghasilkan blog. Terus terang saya katakan, saya pada mulanya tidak tahu membina blog, kemudian saya beli e-book zul ini dan baru saya faham cara menghasilkan blog sendiri..

Azrien Asnaf a.k.a Pak_Aen
http://www.azumass.com/blog

 

Jadi berapakah harganya untuk semua item yang akan anda dapat tersebut?

Anda mungkin berfikir sekarang bahawa untuk memiliki lmu yang bernilai di dalam panduan ini berserta item-item bonus di atas memerlukan anda membayar RM100 ke atas bagi mendapatkannya. Sebenarnya anda silap! Harga panduan dan bonus-bonus ini bernilai lebih tinggi dari yang anda sangkakan.

Namun kami ingin melihat anda berjaya membina dan memiliki blog dot com anda sendiri, tanpa perlu mengikuti kursus yang mahal, maka kami menawarkan harga terhad yang istimewa jika anda mendapatkan panduan dan bunus-bonus ini sekarang...


Harga pakej sebelum ini ialah RM45 untuk 20 orang sahaja. Namun kami telah upgrade pakej ini ke versi kedua dengan bonus-bonus baru, kami telah menaikkan harganya ke RM50. Jangan tunggu sehingga kami upgrade ke versi seterusnya dan menaikkan harga lagi, jadi...

Dapatkan Hari Ini Juga!

 

Beli sekarang walaupun pada jam 3.00 pagi!

[ Pembelian anda melalui proses yang selamat ]

[Link download akan dihantar ke emel anda]

Jangan bazirkan masa anda kerana ia amat bernilai!


Anda tidak rugi kerana dengan ebook ini. Anda dapat menjimatkan masa di dalam mencari informasi sebegini di Internet atau di kedai-kedai buku. Saya telah menghabiskan banyak masa semata-mata untuk menyediakan satu panduan yang lengkap. Segalanya telah tersedia untuk anda!

Kini, anda tidak perlu lagi...


Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk mencari dan belajar sendiri. Saya juga seperti anda bermula dengan 'zero', maka saya tahu apa yang anda sedang lalui. Saya telah banyak menghabiskan masa untuk menguasai teknik 'blogging' dan juga perkara teknikal sistem Wordpress.

Masa anda lebih penting daripada wang.
Tidak perlu melakukan 'trial and error' sehingga tibanya rasa putus-asa. Saya telah dokumentasikan langkah demi langkah secara tersusun dan mudah difahami untuk anda.

Anda tidak perlu lagi mencari dan mencuba dengan harapan menggunung. Kini ia telah siap-sedia di dalam satu ebook yang mudah difahami yang perlu diikuti langkah demi langkah sahaja.
Tidak perlu lagi bertanyakan kepada mereka yang endah tak endah menjawab persoalan anda. Kini anda sudah ada penyelesaiannya dan juga ruang support yang khas untuk anda.
Tidak perlu menghabiskan wang anda untuk mengupah dan terus mengupah orang lain! Upah adalah sekitar RM300, tetapi dengan pelaburan RM50.00 sahaja, anda jimat sekitar beratus-ratus! Kini anda sudah dapat jimatkan wang ringgit anda dengan Ebook ini.
Anda juga tidak perlu lagi hanya menjadi penonton ke atas kejayaan orang lain. Anda kini juga sudah mampu untuk membina blog sendiri dan mula menjana pendapatan di Internet!

Usah bertangguh, dapatkan dengan segera!



FAKTA - WAJIB TAHU:

Tahukah anda hari demi hari, bilangan blog semakin meningkat?

Orang yang lambat bertindak untuk memiliki blog dot com sendiri kelak agak sukar untuk menembusi pasaran d internet kerana di waktu itu begitu banyak persaingan termasuk kadar pemilikan nama domain yang amat pantas. Nama domain pilihan anda mungkin akan diambil orang. Jika anda bermula sekarang, anda akan mendapat hasilnya sepertimana yang saya rasai sekarang. Dengan blog sendiri (bukan blog percuma!), anda akan membina satu tapak yang kukuh dalam perniagaan dan strategi pemasaran anda! Malah blog juga amat sesuai untuk mereka yang tidak mahu dan tahu membina laman web statik. Ia amat mudah untuk digunakan..

Antara nama blog dot com kepunyaan usahawan terkenal ialah:

www.irfankhairi.com - Blog Irfan Khairi
www.mohdsuhaimy.com -
Blog Suhaimy, pengasas komuniti WangCyber
www.gobalakrishnan.com -
Blog Usahawan Gobala Krishnan
www.irwandahnil.com -
Blog Usahawan SMS Irwan Dahnil
www.namabloganda.com -
Mungkin blog kepunyaan anda pula selepas ini?

Usah bertangguh lagi untuk mendapatkan panduan ini dan mula membina blog dot com anda sendiri!

Yang Ikhlas,

PS. Awas. Anda tidak akan berjaya memiliki blog yang memuaskan jika tidak mengikut “Pelan Tindakan” yang disertakan bersama dengan Pakej Ebook ini. Pelan Tindakan tersebut adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan kajian intensif yang saya lakukan.

PSS.
Pakej Kit Blogger ini sarat dengan perkara asas tetapi penting yang perlu anda ketahui untuk turut serta di dalam arena 'blogging'. Tanpa asas yang kukuh, anda akan kecundang. Dapatkan pakej ini dengan segera!